Hiburan

Adam Shamil bersedia dengan sepak terajang industri hiburan

Dari seorang pempengaruh digital kini Adam Shamil Misra, 29, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, mula melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan single terbarunya, “Bantu”.

Adam Shamil ketika pelancaran lagu Bantu

Menurut Adam, single ‘Bantu’ adalah lagu yang dihasilkan oleh Darien, Shazriq Azeman, Adam Shamil dan Omar K serta dirinya sendiri.

“Ia adalah karya indah yang didedikasikan untuk seseorang yang telah bersama anda melalui perjuangan dan membantu membentuk anda menjadi orang yang anda ada hari ini, sehinggakan walaupun suatu hari orang itu meninggalkan dunia ini.

“Anda boleh tenang dengan mengetahui bahawa mereka akan sentiasa bersama walau secara rohani, dan bahawa anda akan sentiasa memerlukan mereka dalam semangat anda untuk membantu membuka mata anda dan melihat dunia,” katanya.

Lagu terbarunya ini mengangkat muzik balada yang sememangnya sesuai dengan vokalnya dan dalam masa yang sama, menyampaikan mesej penghargaan dan berterima kasih kepada pendengar muzik tempatan.

Baitbait lirik ‘Bantu’ menjurus tentang hal menghargai dan menyantuni tentang pengorbanan seseorang yang bersama kita dalam apa jua perihal kehidupan baik dalam susah mahupun senang.

Elemen relatable dan easy listening disuntik untuk single ‘Bantu’ ini serta lirik digubah dengan susunan singkat dan ringkas tetapi mempunyai mesej mendalam untuk pendengar yang melalui perkara yang sama.

Mengulas lebih lanjut tentang pengalaman ya sebagai pencipta kandungan, dia juga bersedia untuk menerima sebarang kritikan dari orang ramai.

“Saya sudah bersedia dengan sepak terajang dunia hiburan serta pernah diuji dengan pelbagai pahit getir dan turut pernah menerima komen-komen nakal terutamanya di laman media sosial.

“Sebagai seorang yang ‘hidup’ di laman media sosial, saya tahu segala gerak geri saya akan menjadi perhatian maka dengan itu saya sentiasa memastikan bahawa setiap hantaran yang saya paparkan kepada followers saya mempunyai nilai positif.

Adam Shamil, Pempegaruh media sosial

“Jika terdapat teguran atau sebarang unsur negatif, saya ambil maklum dan jadikan ianya sebagai penguat semangat untuk bekerja lebih keras untuk cemerlang dalam membina jenama sendiri,” ujarnya.

Dalam masa yang sama Adam sangat berharap lagu ini boleh diterima oleh semua orang dan dapat menyampaikan mesej yang bagus.

 

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button