Nasional

Garis panduan solat Jumaat PKPB diserah kepada Majlis Raja-Raja

GARIS Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 yang diadakan hari telah membincangkan garis panduan tersebut.

Garis panduan berkenaan disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti di seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan ahli-ahli dilantik MKI.

“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri.

“Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja,” kata Zulkifli.

Sementara menunggu keputusan Majlis Raja-Raja itu seluruh umat Islam diseru untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Mereka juga diminta untu sentiasa memanjatkan doa agar wabak Covid-19 beransur hilang.

“Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” kata Zulkifli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan PKPB yang bermula pada 4 Mei lalu membenarkan hampir semua perniagaan beroperasi tetapi aktiviti berkumpulan termasuk solat Jumaat masih tidak dibenarkan.

Masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi.

Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal.

Bagaimanapun majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan dan majlis perasmian adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Turut tidak dibenarkan adalah perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button