Nasional

Terpaksa ‘berbelanja’ selepas rentas daerah tanpa kebenaran

TINDAKAN dua lelaki yang mendakwa mahu berbelanja dekat sebuah pusat beli-belah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang mengundang padah.

Masing-masing yang tinggal di Perak Road dan Jalan Veterinary di daerah Timur laut itu terpaksa ‘berbelanja’ RM5,000 seorang apabila didapati bersalah.

Kedua-dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun itu didapati bersalah apabila sepasukan polis melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di pusat beli-belah tersebut pukul 3.23 petang semalam.

Sejurus pemeriksaan itu, mereka dikompaun berdasarkan Jadual Nilai Kompaun Magnitud Kesalahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

“Mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran merentas daerah ketika diminta berbuat demikian dan memberi alasan mahu berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Sehubungan itu, Pegawai Kompaun telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM5,000 kepada kedua-dua mereka.”

Demikian kenyataan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan dalam satu kenyataan malam tadi. – SM

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button