Luar Negara

Sekatan terhadap 2 juta penduduk Perth tamat Jumaat ini

DUA juta penduduk di Perth, Australia boleh menarik nafas lega apabila sekatan terhadap wilayah itu akan ditamatkan pada Jumaat ini.

Ini kerana, tiada kes baharu jangkitan pandemik Koronavirus (Covid-19) dikesan sejak dua hari lalu.

Penamatan perintah sekatan sementara itu dilapor berlaku seperti yang dirancang selepas Kerajaan Australia Barat mengenakannya sejak tiga hari lepas.

Dalam tempoh berkenaan, penduduk tidak dibenarkan  keluar daripada rumah masing-masing kecuali untuk tujuan penting sahaja.

Malah, bagi sektor pekerjaan pula, hanya perkhidmatan berkeperluan sahaja dibenarkan beroperasi.

“Penutupan singkat tiga hari itu berjaya melaksanakan tugas seperti yang dirancang

“Ia adalah ‘pemutus rantaian’ yang kita perlukan untuk membendung penyebaran dalam kalangan komuniti dan melindungi kesihatan mereka.

Demikian kenyataan Perdana Menteri Ausralia, Mark McGowan seperti dilapor agensi baru-baru ini.

Perth dan wilayah Peel ditutup sejak Sabtu lalu setelah seorang pengembara dari luar negara, yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19 ketika menjalani kuarantin.

Sebelum dikuarantin selama dua minggu di sebuah hotel di Perth, pengembara berkenaan sebelum itu pernah berkunjung ke beberapa lokasi tanpa menyedari dia dijangkiti.

Perintah sekatan sementara, sistem pengesanan yang pantas dan penutupan sempadan membantu Australia mengekalkan relatif jangkitan Covid-19 yang rendah.

Sehingga kini, hanya 29,600 kes dan 910 kematian dicatatkan di negara itu. – SM

 

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button