Nasional

Polis sah keluarkan kompaun 10,000 kepada lelaki gagal patuh SOP PKPB

SEORANG lelaki dikenakan kompuan sebanyak RM10,000 kerana didapati tidak mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki itu dikenakan kompaun pada pukul 6.55 petang semalam.

“Pasukan pematuhan telah mengenakan kompaun terhadap individu tersebut di sebuah kedai makan di Bukit Jalil kerana tidak mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera.

“Lelaki itu juga tidak mendaftarkan dirinya di dalam buku yang disediakan pekedai seperti mana diperuntukkan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, mana-mana individu yang melanggar SOP yang ditetapkan boleh dikompaun sebanyak RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, dia juga menafikan dakwaan yang individu terbabit telah mendaftarkan diri menerui mana-mana saluran yang disediakan pekedai.

Semalam, tular di media sosial sekeping gambar yang mampaparkan surat kompaun yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Di dalam surat kompaun tersebut, turut terdapat jumlah kompaun yang dikenakan iaitu berjumlah RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). -SM

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button