Nasional

Taska dibuka dalam PKP yang diperketat SOP

RAKYAT Malaysia yang perlu hadir ke tempat kerja boleh menarik nafas lega apabila Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) atau pusat asuhan dibenarkan beroperasi.

Pusat asuhan atau Taska juga termasuk dalam sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi walaupun sekolah dan institusi pendidikan kini tidak membenarkan kehadiran pelajar ke sekolah.

Selain Taska, sektor lain yang turut melibatkan perniagaan kecil dan runcit juga dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diperketatkan prosedur operasi standard (SOP).

Ini termasuklah perniagaan dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam termasuklah warung dan restoran walaupun dine-in tidak dibenarkan.

“Bagi memastikan pergerakan dapat dikurangkan, 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah yang melibatkan seramai hampir 750,000.

“Selain itu, sektor swasta juga akan mengurangkan jumlah pekerja yang hadir pada satu-satu masa kepada hanya 60%. Manakala 40% lagi akan bekerja dari rumah dan ini melibatkan seramai hampir 6.1 juta pekerja di sektor ini.”

Demikian penjelasan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar yang diadakan pada petang tadi di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.

Sidang akhbar itu, turut diadakan bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang mengumumkan perkembangan terkini Koronavirus (Covid-19) berkaitan kesihatan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan SOP dan langkah pencegahan Covid-19 termasuklah mengimbas kod QR MySejahtera.

Bagi tujuan pematauan, beliau memaklumkan pemeriksaan di premis kerajaan dan swasta secara agersif oleh pihak berkuasa akan diadakan.

“Sekatan-sekatan ini merupakan penambahan kepada SOP yang telah berkuatkuasa pada 12 Mei 2021 dan SOP lanjut boleh diakses di laman sesawang kementerian yang berkaitan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semua sekatan tambahan ini akan berkuat kuasa bermula 25 Mei 2021 bagi seluruh Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kerajaan juga akan menggunakan Pengenalpastian Titikpanas bagi Perhubungan Dinamik (HIDE) bagi mengenal pasti kawasankawasan yang berisiko tinggi seperti pusat membeli belah dan kawasan perkilangan,” jelasnya. – SM

(Visited 1,027 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button