fbpx
Nasional

Pemergian Ahmad Talib kehilangan besar negara – PM

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian tokoh wartawan Datuk Ahmad A. Talib yang juga rakan akrab beliau sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dunia pemberitaan dan komunikasi.

Menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham, Muhyiddin berkata, Allahyarham yang mesra disapa Tok Mat, telah banyak menabur jasa dan bakti kepada dunia kewartawanan, dan telah menyumbang serta memainkan peranan besar dalam memperkasakan institusi media, di negara ini.

BACA > Mulai esok semua kenderaan boleh bawa penumpang ikut kapasiti masing-masing — Suara Merdeka

“Secara peribadi saya telah lama mengenali Allahyarham dan amat menghormati beliau. Saya pasti ramai lagi yang turut berkongsi rasa keakraban yang murni ini.

“Allahyarham akan sentiasa diingati sebagai seorang yang murah hati, merendah diri, dan amat penyayang orangnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, dipetik BERNAMA malam tadi.

Allahyarham yang berusia 69 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada 5.42 petang tadi, selepas bertarung dengan kanser hati.Dalam hantaran itu, Muhyiddin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, atas kehilangan insan tercinta.


BACA > Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Ahmad A Talib meninggal dunia — Suara Merdeka

“Moga Allah mengampuni dia, merahmati dia, memaafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia, dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Ahmad memulakan kerjaya sebagai wartawan dengan Bernama pada tahun 1972 sebelum menyandang pelbagai jawatan kanan di syarikat korporat termasuk di New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima Berhad (MPB).

BACA > Rumah asnaf malas kotor – Mufti Perlis — Suara Merdeka

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah Kem Perdana Sungai Besi, selepas Isyak. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button