Nasional

Lebih 1000 Warga UPSI Sambut Ambang Merdeka

Malam Ambang Merdeka Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) yang diadakan semalam disambut meriah warga UPSI.

Prof Datuk Dr Md Amin berucap dan membacakan sajaknya.

Program yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 malam itu dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Beliau berkata generasi mahasiswa hari ini perlu mengukuhkan semangat kecintaan terhadap tanah air walaupun bergelut dengan pengajian di kampus.

Prof Madya Dr Ghazali ( tengah), bersama Prof Dr Suppiah dan Dr Pau Kee bergabung menbaca sajak ” Tanah Ini, Tanah Merdeka, Tanah Cinta Kita”.

“Walaupun gajet dan media sosial mendominasi kehidupan generasi hari ini , namun pelajar perlu ingat hala tuju dan harapan kedua ibu bapa selain memiliki semangat patriotik yang tinggi,” katanya.

Program meriah dengan limpahan hampir 1000 pelajar diploma yang baharu dan lama serta kakitangan di perkarangan Blok 7, FPM yang bermandian cahaya lampu limpah pelbagai warna.

Prof Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim

Sementara itu, Dekan FPM, Prof Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim antara lain dalam ucapannya mencadangkan perkarangan Blok 7 FPM Yang menjadi lokasi program dinamakan Dataran Ambang Merdeka berikutan lokasinya yang strategik.

Selain persembahan band dan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan , Prof Madya Dr Ghazali Din ( Ihsan Noorzali) dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi membaca sajak ciptaannya berjudul ” Tanah Ini, Tanah Merdeka, Tanah Cinta Kita” bersama dua pensyarah FPM, Prof Dr Suppiah Nachiappan dan Dr Pau Kee.

Md Amin (tengah) melancarkan program Malam Ambang Merdeka sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-65.

Prof Datuk Dr Md Amin turut membacakan sebuah sajak berjudul ” Hak Tui…” yang mengingatkan generasi hari ini agar jangan terlalu leka dengan media sosial hingga terlupa aspek adab berbudi bahasa terhadap orang tua, individualistik, serta menyanjung tinggi budaya Barat.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) , Prof Dr Norkhalid Salimin; Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta Pengarah Akademik, Prof Dr Abdul Rahim Razalli.

Sebahagian pelajar diploma dari Kolej Awang Had Salleh yang hadir.

Program melabuhkan tirai dengan majlis memotong kek Ulang Tahun Kemerdekaan ke-65 dan laungan merdeka.

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button