Nasional

Surat daripada enam kementerian dibenar lepasi SJR

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, hanya menerima surat kebenaran daripada enam kementerian bagi membenarkan orang ramai melepasi sekatan jalan raya (SJR).

Justeru, orang ramai yang dikehendaki hadir ke tempat kerja perlu memastikan majikan mendapat surat kebenaran daripada kementerian yang berkaitan.

Kementerian itu adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga kementerian yang boleh membenarkan perusahaan berkaitannya beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Selain kementerian, surat daripada jabatan dan agensi kerajaan tertentu juga dibenarkan melepasi SJR seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU), Jabatan Perdana Menteri bagi sektor perundangan.

Bagi sektor perbankan, kewangan dan pasaran modal pula, surat kebenaran yang diterima adalah dikeluarkan oleh Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi urus niaga saham.

“Turut diterima pakai, surat pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan serta kenderaan saji.

“Turut diterima pakai, surat pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan serta kenderaan saji.”

Demikian kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan surat-surat berkenaan perlu ditunjukkan ketika melalui SJR sepanjang tempoh PKP 3.0.

Beliau menjelaskan lagi, surat pengesahan dikeluarkan MITI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan, dan MOT bagi sektor pengangkutan awam serta barangan keperluan.

Bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi, surat kebenaran diterima adalah yang dikeluarkan oleh MAFI, sementara MPIC pula untuk sektor perladangan dan pengeluaran komoditi seperti kelapa sawit dan getah.

Pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan dikeluarkan MPIC atau LGM.

Sementara pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan MITI

Bagi industri seperti perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran pula, surat pengesahan daripada KKMM akan diterima.

Jelas Acryl Sani lagi, KDN pula mengeluarkan surat pengesahan bagi jabatan dan agensi seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Sukarelawan (RELA).

Sementara bagi individu yang berniaga sendiri seperti tukang paip, penyelenggaraan dan penjaja tepi jalan tanpa majikan boleh mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Katanya, kebenaran pergerakan secara sekali bagi tempoh 1 Jun hingga 14 jun akan diberikan kepada mereka.

Bagi pekerja di sektor tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen atau invois pembayaran gaji, katanya, kebenaran akan diberi secara one off bagi tempoh dua hingga tiga hari.

“Bagaimanapun, kita memerlukan surat pengesahan majikan sebagai bukti,” katanya. – SM

(Visited 501 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button