Hiburan

Dramatis Nad Zainal kritikal, doakan yang terbaik

KHABAR yang agak mendukacitakan tentang dramatis Nad Zainal yang dimasukkan ke Hospital Ampang kerana jangkitan paru-paru.

Turut dikhabarkan, keadaan kesihatan Nad amat tidak memberangsangkan dan sekarang dia dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Perkhabaran Nad dimaklumkan oleh rakan baiknya, aktor dan Pengarah Ungku Ismail melalui Instagram (IG) storynya.

Ungku Ismail meminta semua peminatnya dan peminat Nad mendoakan kesembuhan buat pelakon wanita itu.

“Nad sedang kritikal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala, Amin,” kata Ungku Ismail dalam IG storynya.

Menurut maklumat yang diterima, Nad yang popular menerusi drama berjudul ‘Takdir yang tertulis’ itu terpaksa ditidurkan.

Doktor yang merawat dan memantau keadaan Nad memaklumkan, kondisi kesihatan Nad berpunca daripada kesan Covid-19.

Rakan artis Nad Zainal, Shahrulezad terkejut apabila mendapat tahu pelakon wanita itu sakit.
Shahrulezat juga memohon supaya semua peminat mendoakan yang baik-baik buat Nad. – SM

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button