Hiburan

Curang punca rumah tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah retak?

STATUS instastory yang dimuat naik di akaun Instagram Puteri Sarah seolah-olah memberi petanda apa punca kemelut rumah tangga mereka seperti yang didakwa sebelum ini.

Menerusi status tersebut, isteri kepada Syamsul Yusof itu memuat naik gambar berkaitan dengan isu curang dalam rumah tangga.

Antara ayat yang terdapat dalam gambar tersebut ialah ‘Curang adalah pilihan, bukan kesalahan’.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pasangan terbabit berkaitan dengan dakwaan kemelut rumah tangga itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kehadiran Puteri Sarah bersama ibu mentuanya di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor pada minggu lalu.

Pelakon wanita berusia 35 tahun itu juga dilihat memakai jubah dan bertudung hitam.

Puteri Sarah juga sebelum ini dilihat memuatnaik mesej berbentuk sokongan yang diberikan kepadanya seolah-olah mengiakan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi.

Menariknya, bukan sahaja peminat yang memberi mesej sokongan, isteri kedua kepada pelakon Adi Putra juga tampil memberi kata-kata semangat.

Menerusi mesej yang dihantar menerusi Whatsapp kepada Puteri Sarah, Aida Yusof memberi pesan supaya wanita itu sentiasa bersabar dan berserah kepada Allah.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. -SM

(Visited 7,289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button