Nasional

Daim ialah ahli perniagaan berjaya sebelum sertai kerajaan – Isteri

ISTERI Tun Daim Zainuddin berkata kejayaan suaminya kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik suaminya dan menggambarkannya sebagai seorang yang korup.

Toh Puan Nai’mah Khalid berkata Daim sudah dikenali sebagai hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu.

“Untuk pengetahuan umum, Daim ialah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan pada 1984.

“Sekarang, maklumat dan tanggapan salah sedang disebarkan tanpa henti, menunjukkan bahawa kerana dia sangat kaya, maka dia rasuah,” kata Nai’mah ketika ditemui pemberita di pekarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini hari ini. -SM

Baca : Warga Switzerland rempuh stesen minyak selepas kekejangan kaki

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button