Nasional

Warga Switzerland rempuh stesen minyak selepas kekejangan kaki

SEORANG warga Switzerland yang mengalami kekejangan kaki telah merempuh panel kaca sebuah stesen minyak di Taman Canning, Ipoh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 77 tahun yang memandu Perodua Myvi mengalami kekejangan di kaki kanan menyebabkan dia hilang kawalan, terbabas dan merempuh sebuah motosikal dan panel kaca.

“Siasatan awal mendapati Perodua Myvi itu datang ke salah sebuah pam untuk tujuan mengisi minyak.

“Pemandu tiba-tiba mengalami kekejangan kaki dan tidak dapat mengawal kenderaan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke hadapan dan melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha yang diletakkan di hadapan serta panel kaca premis,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Yahaya, penunggang motosikal berusia 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan seorang wanita di situ mengalami kecederaan di kaki kanan, dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. -SM

Baca : Pencapaian 2023 UPSI luar biasa

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button