Nasional

Pencapaian 2023 UPSI luar biasa

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya membuktikan ia mampu mencapai kejayaan cemerlang dan luar biasa pada tahun lalu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis Executive Talk di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil semalam, Naib Canselor, Prof Datuk Md Amin Md Taff memuji seluruh kakitangan yang bekerja keras dengan semangat kasih sayang memastikan pelbagai kejayaan dalam dan luar negara dilakar universiti pendidikan tersohor tanah air itu.

Md Amin menyampaikan syarahannya di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Katanya di hadapan lebih 500 kakitangan pengurusan universiti , Md Amin menganggap pengorbanan yang dilakukan kakitangan sangat bernilai melonjakkan nama UPSI yang satu ketika dahulu kurang dikenali masyarakat.

“Kita berjaya memacu pembangunan di Kampus Sultan Azlan Shah dengan membina tempat beriadah di sekeliling tasik, “driving range” golf , manakala kemudahan sukan boling dijangka mula beroperasi Jun nanti yang akan dibuka untuk warga UPSI dan masyarakat luar , “ katanya.

Sesi dialog pengurusan tertinggi universiti bersama kakitangan pengurusanpusat tanggungjawab UPSI .

Sepanjang tahun lalu, katanya, UPSI berjaya menjalin kolaborasi dengan beberapa universiti terbaik dunia iaitu University of Sydney, Oxford Centre of Islamic Studies, University of London, University of Otago, University of Pennsylvania, serta Lomonosov Moscow State University.

Turut membanggakan apabila UPSI menerusi Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi menjalin kolaborasi dengan tujuh indistri sempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA).

Katanya, UPSI melalui 10 fakulti mencapai jumlah pelajar pelbagai peringkat pengajian sebanyak 30,681 selain 1,585 pelajar antarabangsa dan seramai 1, 783 pelajar mobiliti (inbound dan outbound).

“UPSI yang mencapai kebolehpasaran graduan 96.0 % menjadi universiti awam pilihan pertama untuk tempoh lima tahun berturut-turut, juga sudah mendapat kelulusan menubuhkan institusi pendidikan swasta iaitu Sekolah Rendah Seri Budiman, “katanya.

Bagi memantapkan keterampilan graduan, katanya, menyaksikan 790 pelajar mencapai pelbagai kejayaan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dan 546 program pembangunan sahsiah dilaksanakan.

Prof Md Amin bersama kakitangan pengurusan yang hadir mengikuti Executive Talk .

Beliau berkata program International Educational Innovation Expo (Edu-Innovate 2023) memberi impak luar biasa apabila disertai oleh pemain-pemain industri terkemuka Malaysia dan luar negara.

“UPSI sedang membina kawasan rekreasi iaitu Tasik Banjaran di Kampus Sultan Azlan Shah untuk kemudahan warga UPSI dan masyarakat setempat, membina Pusat Kesihatan dan Pusat Kokurilum baharu serta membangunkan projek solar di kawasan parkir,” katanya.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan majlis Anugerah Buku Negara dan sesi Temu Anwar turut mengumumkan peruntukan RM25 juta untuk membina kolej kediaman bagi melengkapkan kapasiti.

Demi menghadapi cabaran dan masa hadapan UPSI, Prof Md Amin berharap seluruh warga UPSI termasuk menjana pemikiran strategik , memiliki “multitasking”, elemen keterlihatan, kebolehan berkomunikasi, kesatuan ukhwah dan komitmen, kesegaraan, semangat bangga dan Demi UPSI, serta mementingkan Akademik, Adab dan Akhlak (3A). -SM

Baca : Lebih sejuta daftar PADU

9 JANUARI 2024

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button