Nasional

Daerah Kajang buat empat sekatan jalan raya, satu jalan ditutup sepenuhnya

SUSULAN pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor yang berkuat kuasa tengah malam ini, empat sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, empat lokasi itu ialah di hadapan Balai Polis Beranang, Jalan Broga, Jalan Bangi-Nilai dan susur masuk Plaza Tol Bandar Seri Putra.

“Buat masa ini, hanya Jalan Genting Peras yang akan ditutup secara kekal iaitu selama 24 jam.

“Pelaksanaan SJR dan penutupan jalan itu adalah selaras dengan keputusan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menetapkan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 hingga 27 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan. -SM
(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button