Nasional

Pakai PPE undi di Parlimen: Di PRN Sabah pun kita benarkan – Dr. Noor Hisham

TIDAK timbul sebarang isu terhadap tiga ahli Parlimen yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) membuat pengundian di Dewan Rakyat dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beliau turut menggunakan kuasanya dengan membenarkan pesakit dalam pemantauan (PUS) yang dikenakan HSO untuk mengundi kerajaan negeri yang baharu.

“Contohnya di PRN Sabah pun kita membenarkan kes-kes pesakit dalam pemantauan dibenarkan ke pusat mengundi untuk mengundi dengan memakai pakaian PPE.

“Jadi perkara ini bukan perkara baru telahpun kita laksanakan pada hari pertama lagi membenarkan PUS yang memohon untuk diberikan masa untuk melawat atau menjalankan sesuatu tugas,” kata Dr. Noor Hisham dalam sidang akhbar hari ini.

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob antara yang menunaikan tanggungjawab mengundi dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) pada PRN Sabah yang lalu.

Dr Yusof yang sedang menjalani kuarantin selama 14 dilaporkan mengundi di khemah khas yang disediakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Mesapol.

Dr. Noor Hisham menjawab soalan wartawan mengenai seorang ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan keputusan membenarkan ahli Parlimen di bawah HSO hadir ke Dewan Rakyat untuk mengundi dengan memakai PPE.

Ahli Parlimen itu mendakwa keputusan membenarkan ahli Parlimen yang sedang menjalani HSO keluar mengundi menunjukan bahawa pesakit yang dikenakan HSO boleh keluar dari rumah dengan menggguna PPE.

Dr. Noor Hisham berkata, beliau telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya di bawah Akta 342 Seksyen 15(1).

“Kuasa telah diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk menilai kalau ada permohonan untuk kes-kes tertentu contoh ada kematian atau mahu melawat ahli keluarga di hospital jadi boleh mohon kepada ketua pengarah.

“Ketua Pengarah akan jalankan penilaian risiko ke atas kes-kes tersebut dan akan mensyaratkan tindakan yang harus dijalankan.

“Kalau boleh kita akan beri syarat tertentu dan ditemani oleh petugas kesihatan untuk melawat atau melaksanakan tugas tersebut,” kata Dr. Noor Hisham.

Tiga ahli Parlimen yang menjalani HSO telah mengundi bagi meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa dan pada bacaan kali ketiga minggu ini.

Mereka adalah Ahli Parlimen Tenggara (BN) yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ahli Parlimen Tabah (BN) yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Ahli Parlimen Batu (PKR) P. Prabakaran.

Pada 14 Disember, ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar beramai-ramai dari Dewan Rakyat ketika sesi undi belah bahagian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan peringkat jawatankuasa sedang dijalankan sebagai memprotes kehadiran ahli Parlimen tersebut.

Bagaimanapun mereka kemudiannya kekal mengundi Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bacaan ketiga semalam selepas mendapat penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengenai kebenarakan yang diberikan oleh Dr. Noor Hisham.-SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button