Nasional

869 kes baharu, semua jangkitan tempatan

SEDIH dan mengejutkan. Kes baharu Covid-19 mencatatkan jangkitan tertinggi hari ini iaitu 869 kes sejak ia mula dikesan dalam negara.

Kesemua kes baharu melibatkan jangkitan tempatan. Menjadikan keseluruhan kes aktif yang dirawat di hospital adalah seramai 6,886 orang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdulla, sejak 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari tadi seramai 91 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 30 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiga buah negeri mencatatkan lebih 150 kes baharu iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.

Lebih separuh kes baharu berlaku di Sabah iaitu sebanyak 451 kes. Daripada jumlah itu 234 dikesan dari saringan kontrak rapat, 54 dari kluster-kluster sedia ada, 2 kluster Teduh dan 161 lain-lain saringan.

Pulau Pinang mencatatkan 189 kes dengan 186 kes dari kluster-kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat.

Di Selangor sebanyak 159 kes baharu dikesan iaitu 89 dari kluster-kluster sedia ada, 23 kluster Keladi (baharu), 23 saringan kontak rapat, 8 kluster Menara (baharu), 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 14 lain-lain saringan.

Negeri Kedah turut mencatatkan peningkatan kes baharu iaitu 38 kes dengan 37 kes melibatkan Kluster Tembok dan 1 kes dari Kluster Bah Lunas

Turut mencatatkan pertambahan Kuala Lumpur (15), Sarawak (4), Perak (4), Terengganu (3), Johor (2), Putrajaya (2), Negeri Sembilan (1) dan Melaka (1).

Jumlah kematian turut meningkat selepas 4 orang lagi maut menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 sebanyak 180 kes. Kesemua kes kematian ini dilaporkan di Sabah.

Kes kematian ke-177 melibatkan lelaki berumur 78 dan kes kematian ke-178 juga lelaki berusia 88 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian ke-179 wanita berusia 71 tahun meninggal dunia di Hospital Tawau dan kes kematian ke-180 melibatkan lelaki berusia 53 tahun meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.-SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button