Nasional

Bekalan PPE terutama di Sabah mencukupi

DI SEBALIK peningkatan kes Covid-19 yang menghampiri 900 kes hari ini, bekalan pakaian pelindung diri (PPE) mencukupi terutama di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, PPE untuk semua petugas barisan hadapan mencukupi

“Bekalan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan di seluruh negara terutama di Sabah adalah mencukupi,” katanya seperti yang dipetik daripada twitter Kementerian Kesihatan.

Hari ini sebanyak 869 kes baharu dikesan di seluruh negara dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 451 kes.

Kesemua kes baharu melibatkan jangkitan tempatan. Menjadikan keseluruhan kes aktif yang dirawat di hospital adalah seramai 6,886 orang.

Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari tadi seramai 91 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 30 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiga buah negeri mencatatkan lebih 150 kes baharu iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Selangor.

Lebih separuh kes baharu berlaku di Sabah iaitu sebanyak 451 kes. Daripada jumlah itu 234 dikesan dari saringan kontrak rapat, 54 dari kluster-kluster sedia ada, dua kluster Teduh dan 161 lain-lain saringan.

Pulau Pinang mencatatkan 189 kes dengan 186 kes dari kluster-kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat.

Di Selangor sebanyak 159 kes baharu dikesan iaitu 89 dari kluster-kluster sedia ada, 23 kluster Keladi (baharu), 23 saringan kontak rapat, 8 kluster Menara (baharu), 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 14 lain-lain saringan.

Negeri Kedah turut mencatatkan peningkatan kes baharu iaitu 38 kes dengan 37 kes melibatkan Kluster Tembok dan 1 kes dari Kluster Bah Lunas

Turut mencatatkan pertambahan Kuala Lumpur (15), Sarawak (4), Perak (4), Terengganu (3), Johor (2), Putrajaya (2), Negeri Sembilan (1) dan Melaka (1).

Jumlah kematian turut meningkat selepas 4 orang lagi maut menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 sebanyak 180 kes. Kesemua kes kematian ini dilaporkan di Sabah. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button