Politik

No Anwar, no DAP – Hishammuddin

LAGI Ahli Parlimen UMNO tampil menolak untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri.

Ahli Parlimen Semberong, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berpendirian tegas menolak Anwar untuk menerajui kerajaan.

Hishammuddin tampil membuat kenyataan tersebut selepas satu surat yang menggunakan kepala surat berlogokan UMNO kononnya Presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong Anwar.

“Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong Anwar Ibrahim.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak pernah dimaklumkan dan ia bukan pendirian saya sebagai ahli UMNO.

“Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Saya konsisten – NO ANWAR NO DAP,” kata Menteri Luar itu.

Surat palsu yang tular itu didakwa diserahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Ia menyebut Presiden bersama Ahli Parlimen UMNO memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada Anwar bagi menggantikan Perdana Menteri sedia ada.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Mohd Sumali Reduan hari ini berkata, Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat berkenaan.

Ujar beliau, penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO.

“Di sini saya ingin menegaskan bahawa Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat ini.

“Saya dan pegawai pejabat Presiden yang selalu bertanggungjawab menyediakan segala surat menyurat dan juga ‘letter head’ tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button