Nasionalpilihan

Promosi Makanan Perlis Ziarah Mahabbah tonjol makanan tradisi unik dan enak

PROMOSI Makanan Perlis yang termasuk dalam Program Ziarah Mahabbah yang diketuai Raja Muda Perlis bersama delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekaligus menampilkan masakan tradisional yang unik dan enak dari negeri terkecil di Utara ini.

Ini adalah sebahagian dari acara program Ziarah Mahabbah Edisi Ke-7 yang disertai oleh 35 delegasi MAIPs yang diadakan di Wilayah Phuket, Thailand dari 5 hingga 7 Ogos lalu.

Sempena program ini, Promosi Makanan Perlis kali ini diadakan di dua lokasi berbeza.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang diiringi anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan melancarkan promosi makanan Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran Hameed, Hatyai

Makanan Perlis yang pertama dilancarkan adalah Ikan Pekasam Tasoh, Gulai Rebung Tulang Arau dan Kurma Daging Simpang Empat.

Tuanku Syed Faizuddin bersama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb berkenan melancarkan promosi ini di ruang legar Hotel Grand Mercure, Phuket.

Apa yang menarik ke tiga makanan ini dikaitkan dengan daerah di Perlis seperti ikan pekasam dari Tasoh yang merupakan satu-satunya empangan di Perlis.

Manakala Gulai Rebung Tulang yang menjadi hidangan utama di majlis kenduri pula mengambil nama Arau sebagai Bandar DiRaja.

Sementara Kurma Daging juga antara lauk pauk kenduri sejak berzaman mengambil nama daerah Simpang Empat.

Kurma Daging Simpang Empat pada Promosi Makanan Perlis

Sekali lagi sebelum pulang ke Malaysia, Baginda dan anakanda berkenan melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran Hameed, Hatyai.

Kali ini disediakan Laksa Kuala Perlis, Kurma Daging Simpang Empat dan Gulai Rebung Tulang Arau.

Kesemua masakan untuk setiap promosi ini disediakan oleh bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron yang berkebolehan dalam bidang masakan bergandingan dengan Ashidan Mat Isa, pemilik restoran yang turut serta dalam delegasi ini. – SM

Artikel berkaitan > Raja Muda Perlis lawat Masjid Centre, Phuket akhiri Ziarah Mahabbah

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button