NasionalpilihanTravel

MOTAC tidak melantik mana-mana agen berhubung permohonan GSSP dan GSSK

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ingin menegaskan bahawa MOTAC tidak melantik mana-mana individu atau organisasi sebagai agen dalam permohonan Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB).

Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat MOTAC hari ini, MOTAC menyeru mana-mana pihak yang berkelayakan boleh memohon geran tersebut mengikut syarat-syarat yang ditetapkan melalui alamat dan emel seperti di bawah:

Urus Setia Geran Padanan Pelancongan, Seni & Budaya (GPPSB)

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)

Bahagian Perancangan Strategik,

Aras 2, No.2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5,

62200 Putrajaya

E-mel kepada: [email protected]

 

GPPSB merupakan inisiatif kerajaan melalui MOTAC bagi membantu penggiat industri daripada pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran acara pelancongan, seni dan budaya berimpak tinggi pada tahun 2022. GPPSB terbahagi kepada dua iaitu Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK).

Jumlah keseluruhan bagi kedua-dua geran tersebut adalah sebanyak RM50 juta bertujuan untuk menyemarak dan merancakkan semula sektor pelancongan dan kebudayaan yang terjejas teruk susulan penularan pandemik Covid-19 sejak dua tahun yang lalu.

Maklumat lanjut   untuk   permohonan   kedua-dua   geran   tersebut   boleh   layari   laman web www.motac.gov.my dan www.tourism.gov.my. – SM

(Visited 486 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button