Nasional

Culik dan minta wang tebusan RM2 juta, enam suspek ditahan

POLIS menahan enam lelaki kerana disyaki dengan satu kes penculikan di Jitra, Kedah pada 30 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, mangsa yang juga ahli perniagaan bersama isterinya diculik kira-kira pukul 2 petang.

“Kedua-dua mangsa teah ditahan oleh suspek di satu lokasi di kedah.

“Penculik telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Datuk Huzir, keluarga mangsa telah menyerahkan sebanyak RM250,000 kepada penculik.

Jelasnya, kedua-dua mangsa kemudian telah dilepaskan oleh penculik selepas gagal mendapatkan wang tebusan pada 1 Disember lalu.

“Susulan itu, kita telah memulakan operasi dan menangkap kesemua suspek.

“Bermula 1 hingga 4 Disember lalu, sebanyak enam suspek berusia lingkungan 24 hingga 58 tahun telah ditahan,” katanya.

Ujarnya lagi, sejumlah wang terbusan dan barangan kemas yang dibayar kepada penculik juga telah berjaya dirampas.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan dan direman sehingga 10 Disember untuk siasatan lanjut. -SM

(Visited 1,023 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button