Hiburan

Blackpink nombor satu, BTS jauh ketinggalan

KUMPULAN K-Pop yang cukup popular ketika ini, Blackpink menjadi artis wanita dalam dunia yang mempunyai ‘subscriber’ (subs) paling ramai di YouTube

Syarikat agensi pengurusan mereka, YG Entertainment memberitahu, Blackpink kini sudah mencatat sebanyak 42.3 juta subs.

Menerusi angkat tersebut, kumpulan wanita yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Lisa dan Jennie itu sudah memintas tiga lagi artis wanita yang pernah mencatat rekod sama.

blackpink

Artis itu ialah Ariana Grande yang mempunyai 42.2 juta subs, Taylor Swift (38.5 juta subs) dan Katy Pery dengan 37.7 juta subs.

Menurut YG Entertainment, jumlah subs di platform YouTube adalah satu daripada cara untuk mengukur populariti seseorang artis.

BACA> Mampu ke Blackpink tewaskan BTS?

“Setia hari ada sahaja kandungan baharu di platform itu dan disebabkan itu juga, subs dianggap sebagai lambang sokongan dan kesetiaan kepada artis.

“Memandangkan YouTube memainkan peranan penting dalam pasaran muzik global, kita mengganggap pencapaian ini sebagai satu rekod yang sangat berharga,” katanya.

Sementara itu, kumpulan yang boleh dianggap pesaing kepada Blackpink iaitu BTS nampaknya masih jauh ketinggalan.

Setakat ini, akaun YouTube rasmi BTS iaitu BANGTANTV mencatatkan 33 juta subs.

BACA> BTS pecah rekod industri muzik dunia lagi

Melihat kepada pencapaian Blackpink, rasanya akan wujud kemungkinan daripada kumpulan peminat BTS iaitu ARMY untuk melonjakkan jumlah subs itu kepada angka yang paling tinggi. -SM

(Visited 660 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button