Hiburan

Selepas didakwa terlibat kes dadah, Zarina Anjoulie mahu saman polis

SELEPAS didakwa ditahan berkaitan dengan kes dadah, pelakon, Zarina Anjoulie memberitahu yang dia akan menyaman seorang anggota polis wanita.

Malah menurut Zarina, satu laporan polis juga telah dibuat berkenaan dengan anggota terbabit.

“Salam, Alhamdulillah report polis sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan untuk menyaman anggota tersebut.

“Buat masa ini saya tidak akan dedah identitinya tetapi kalau sampai di mahkamah nanti semua orang akan tahu siapa. Saya akan lawan habis-habisan isu ini,” katanya.

Terdahulu, polis dalam satu kenyataan berkata yang seorang selebriti wanita telah ditahan di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan berkaitan dengan kes salah guna dadah.


Nama Zarina kemudian disebut-sebut sebagai selebriti yang ditahan memandangkan lokasi rumahnya dan usia wanita yang ditahan itu sama.

Namun, wanita itu tidak mengesahkan penahanan tersebut sebaliknya memberitahu akan bercerita perkara tersebut sekiranya akaun Instagram miliknya mencecah sejuta pengikut.

Dalam pada itu, Zarina turut mempertikai integriti anggota polis wanita berkenaan.

“Anggota polis wanita IPD yang bakal saya saman, di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis?

“Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib dengan saya juga?

“Saya takkan berdiam diri saya akan tularkan habis-habisan sampai saya dapat keadilan yang sepatutnya,” ujarnya. -SM

(Visited 751 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button