Hiburan

BTS pecah rekod industri muzik dunia lagi

KUMPULAN K-POP popular, BTS baru-baru ini mengeluarkan lagu berjudul Stay Gold yang dinyanyikan dalam bahasa Jepun.

Walaupun baru dikeluarkan pada 26 Jun lalu, lagu tersebut kini sudah bergelar juara carta World Digital Song Sales Billboard pada 4 Julai lalu.

Menurut laporan Detik.com, pencapaian itu sekaligus menjadikan BTS sebagai kumpulan yang paling banyak menjuarai carta tersebut iaitu sebanyak 20 kali.

Antara lagu BTS yang pernah menjuarai carta tersebut sebelum ini ialah Fire, Blood, Sweat, Spring Day, DNA, Mic Drop, Fake Love, Black Swan dan ON.

BACA> Berapa agaknya kekayaan Lin Dan sebelum bersara?

Malah, lagu Stay Gold juga menjadi lagu ke-89 dari BTS yang berjaya menduduki tangga ke 10 ke atas dalam cara tersebut.

Sementara itu, BTS juga dilaporkan kini sedang sibuk dengan projek album baharu mereka yang dibikin sepenuhnya oleh mereka.

Tarikh sebenar album tersebut akan bertemu peminat masih belum dipastikan tetapi para peminat mereka yang digelar sebagai ARMY nampaknya sudah semakin tidak sabar menantikan buah tangan terbaharu itu.

BTS juga dikhabarkan akan melakukan konsert atas talian bertajuk Bang Band Con the Live.

BACA> Rawatan dialisis 50 Rupee untuk golongan miskin di India

Konsert itu dikatakan sebagai pengganti kepada siri jelajah dunia yang terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19. -SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button