Nasional

Nice UPSI bangunkan modul latihan guru

PUSAT Inisiatif Pemodenan Pendidikan (NiCE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Mesyuarat Pembangunan Modul Latihan Guru baru-baru ini bertujuan membangunkan dua modul latihan kepada guru-guru KAFA dan guru-guru yang mengajar di bawah urus tadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengarah NiCE UPSI, Dr Kama Shaffeei berkata mesyuarat yang diadakan di Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah itu dihadiri oleh guru-guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Perak, Guru Kaunselor, Guru Cemerlang KPM dan pihak industri daripada ME12Pay Sdn Bhd dan Free Tree Skill Solutions Training & Consultancy.
Beliau berkata penekanan kandungan modul latihan adalah berteraskan pedagogi, kemahiran insaniah dan teknologi digital selaras dengan keperluan kemahiran semasa guru-guru yang mengajar ketika ini.

Dr Kama bersama ahli mesyuarat yang akan membangunkan modul latihan guru.

Pembinaan modul itu, katanya, selari dengan hasrat pihak KPM dalam usaha memperkasa kebajikan guru sesuai dengan salah satu objektif tujuh teras tumpuan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek.

“Modul latihan ini sangat membantu dalam meningkatkan profesionalisme guru-guru di Malaysia dengan perkongsian kepakaran pensyarah UPSI, guru cemerlang dan pihak industri dalam pelaksanaan kursus dan Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LADAP) di sekolah pada masa depan kelak.

Sementara itu Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff menganggap inisiatif itu memenuhi slogan ‘UPSI Penerajui Kebitaraan Pendidikan’ di Malaysia yang sentiasa peka dengan keperluan aspek pengetahuan dan kemahiran guru perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Dr Kama menerangkan konsep penulisan modul kepada ahli mensyuarat.

Katanya, inisiatif yang diambil oleh pihak NiCE ini memberi kesan yang positif kepada semua guru sama ada bertugas di KPM, Jabatan Agama Negeri mahupun agensi swasta.

“Peranan NiCE UPSI sebagai salah satu pusat tanggungjawab dalam menyediakan platform latihan dan perkongsian kepakaran pendidikan serta menjadi salah satu penyumbang kepada pemodenan sistem pendidikan masa depan,” katanya.

UPSI, katanya, bergerak pantas bagi memastikan pendidikan menjadi satu fokus utama demi memastikan generasi sedia ada dibekalkan dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mampu bersaing dengan di peringkat global.

Menurut beliau kepakaran sedia ada UPSI mampu memberi nilai tambah dalam sistem sokongan pendidikan supaya guru dan murid dapat menikmati persekitaran pengajaran dan pembelajaran kondusif. -SM

Baca juga : UPSI prihatin kebajikan mahasiswa berkeperluan khas, B40

 

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button