Nasional

UPSI prihatin kebajikan mahasiswa berkeperluan khas, B40

PENINGKATAN kos sara hidup dalam situasi ekonomi tidak menentu, sedikit sebanyak menjejaskan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan tidak terkecuali juga kalangan mahasiswa.

Cakna terhadap kebajikan mahasiswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa proaktif menjalankan pelbagai inisiatif membantu mahasiswa pusat pengajian pendidikan ini.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UPSI sentiasa menjalankan kerjasama dengan pelbagai agensi dan syarikat korporat mencari dana menerusi Pusat Wakaf Endowment Zakat Khairat dan Sedekah (WEZAS) yang ditubuhkan pada Ogos 2020.

“Pada suku pertama 2023, WEZAS berjaya mengagihkan pendapatan zakat sebanyak RM1,009,000 kepada lebih 1400 mahasiswa golongan asnaf untuk membantu pengajian mereka di kampus,” katanya.

“Selain pendapatan zakat dari WEZAS, Tabung UPSI Prihatin, Dermasiswa yang dilancarkan sejak tahun 2020 telah banyak menjadi dana kontigensi membantu para mahasiswa yang terjejas akibat trauma kerana terlibat dengan kemalangan, kehilangan tempat bergantung dan pelbagai kes-kes berkaitan hingga menjejaskan sumber pendapatan,” jelasnya dalam suatu kenyataan.

Menurut Md Amin, menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) pula, pelbagai perkhidmatan melibatkan pengurusan mahasiswa berkeperluan khas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti penyediaan Van Mobiliti oleh Seksyen Kebajikan dan Sahsiah Pelajar, serta Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan juga kemudahan pinjaman wang dengan jumlah maksimum sebanyak RM500 menerusi inisiatif Pinjaman Segera.

Beliau berkata di peringkat kolej kediaman sama ada dalam mahupun luar kampus, Majlis Pengetua dan Majlis Mahasiswa Kolej sentiasa peka dengan kebajikan mahasiswa dengan menyediakan penginapan selesa dan kondusif, selain menyokong inisiatif mahasiswa menganjurkan pelbagai program sukarelawan dan keusahawanan untuk membantu mereka merancang dan mengurus kewangan dengan lebih baik.

Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif (kiri) bersama wakil badan korporat menyampaikan sumbangan kepada mahasiswa sambil disaksikan Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman (kanan).

Katanya, menerusi JHEPA pelbagai perkhidmatan disediakan universiti untuk mahasiswa berkeperluan khas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti penyediaan Van Mobiliti oleh Seksyen Kebajikan dan Sahsiah Pelajar, serta Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan juga kemudahan pinjaman wang dengan jumlah maksimum sebanyak RM500 menerusi inisiatif Pinjaman Segera. -SM

Baca juga : Kerjasama PSAS, UPSI mampu lonjak Daerah Muallim

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button