Nasional

TPM beri amaran pada kilang jangan cabar kerajaan

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada pengurusan kilang supaya tidak mencabar kerajaan.

Amaran tersebut diberikan kepada pihak pengilang yang masih berdegil kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.

Semalam sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan telah diarah tutup kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak memahami bagaimana sektor perkilangan tidak boleh mematuhi arahan SOP dan menjadi penyebab kepada penyumbang utama penularan virus Covid-19.


Menteri Pertahanan itu berterima kasih kepada pihak yang menyalurkan maklumat mengenai kilang yang tidak mematuhi arahan SOP.

“Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya.

Negara mencatatkan kes melebihi lima angka sejak tiga hari lalu termasuk 13,215 kes semalam.-SM

 

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button