Nasional

Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat – Yang diPertuan Agong

PARLIMEN boleh bersidang dalam tempoh darurat berkuatkuasa cuma tarikh bilakah persidangan Parlimen bermula, itu belum ditentukan lagi.

Demikian keputusan yang dibuat melalui titah Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan harun di Istana Negara hari ini.

Dalam satu kenyataan media, Baginda menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Maka setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur dengan prinsip tersebut, titah Baginda.

Sehubungan itu, Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Baginda sendiri dan atas nasihat Perdana Menteri.


“Perkara ini termaktub dalam sub perenggan 14v (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Oleh yang demikinan, menurut kenyataan yang sama itu lagi, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

Sementara itu, Pengerusi Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil membuat ciapan berhubung perkara ini di dalam Twiter beliau.

“DYMM SPB Yang diPertuan Agong baru bertitah sebentar tadi bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh Darurat.

Daulat Tuanku. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button