Nasional

“Ijlal al-Malik” secara maya meriahkan Ulangtahun Keputeraan DYMM Raja Perlis

Memeriahkan sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 17 Julai 2021, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah merencanakan siri Bingkisan “Ijal al-Malik” melalui dalam talian selama 6 hari bermula semalam.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media MAIPs yang memaklumkan bahawa selain menzahirkan tribut manisfestasi sembah tahniah dan bai’ah atas pemerintahan cemerlang Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sebanyak 7 program bakal ditayangkan secara langsung melalui platform ‘Facebook’ rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta turut dipancarkan melalui Laman ‘Suara Sunnah Channel’ turut bermatlamatkan untuk mengangkat peranan DYMM Tuanku Raja selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama bagi Negeri ini.

Acara “Ijlal al-Malik” tersebut terpaksa diubah suai dengan penyusunan program secara dalam talian memandangkan berlakunya pandemik Covid-19 dan peralihan Perlis ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada ketika ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor menerangkan bahawa ‘Era pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah merakamkan banyak kemajuan ekonomi, pengukuhan ilmu dan pemantapan sosial di Negeri Perlis bahkan turut menzahirkan keprihatinan baginda dalam memacu hala tuju negeri’.


Dipersembahkan Bai’ah dan Taat Setia ke hadapan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, diiringi doa kesejahteraan dan keselamatan di bawah limpah rahmat dan pemeliharaan Allah Azza Wajalla hendaknya.

Mohd Nazim turut menambah bahawa antara acara yang akan dipertontonkan adalah seperti :

15 Julai (9.00 malam): “Masjid & 1 Kurun MAIPs”.
16 Julai (1.00 petang): “Lintas Langsung Khutbah Jumaat Khas oleh Sahibus Samahah Dato’ Mufti”.
17 Julai (9.45 pagi): “Tayangan Video Ijlal Malik”.
17 Julai (10.00 pagi): “Syarahan: Sejarah Perlis : Antara Realiti dan Persepsi”.
18 Julai (10.00 pagi): “Kuliah Khas Masjid Alwi: Mengukuh Qiadah Mengislah Ummah”.
19 Julai (10.00 pagi): “Syarahan DBP: Kemudi DiRaja: Bahtera MAIPs Menjunjung Syiar Memaju Ummah”, dan
20 Julai (10.00 pagi): “Forum: Kedudukan Istimewa Manhaj Ahlis Sunnah Wal-Jamaah dalam Perlembagaan Negeri Perlis”.

Tinggikan Daulat Serta Adil,
Kekal Perintah Jamalullail.

(Visited 114 times, 2 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button