NasionalUncategorized

Pelaksanaan inisiatif ‘Reading Progress’ libatkan 576 buah sekolah rintis

Sebanyak 576 buah sekolah rintis terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ‘Reading Progress’ menerusi rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, rancangan tersebut sejajar dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2023).

“Bagi melaksanakan inisiatif ‘Reading Progress’, guru perlu merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

“Tujuannya adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah,” kata Radzi.

Radzi berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Inisiatif Reading Progress yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Selain DSKP, Schemes of Work dan juga bahan sokongan seperti buku teks bahasa Inggeris yang disediakan KPM harus dimanfaatkan guru yang mengajar.

Mengulas lanjut tentang Reading Progress, Radzi memaklumkan ia merupakan salah satu aplikasi dalam Microsoft Teams.

“Dalam Microsoft Teams itu, terdapat aplikasi percuma seperti pelantar DELIMa dan ia sejajar dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

“Ia menjadi platform utama penggerak inisiatif di peringkat KPM dan baik pelajar, guru atau warga sekolah, semua boleh memanfaatkannya,” kata Radzi.

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button