Nasional

515 ditahan ingkar arahan PKP dalam operasi polis

SERAMAI 515 orang ditahan pihak polis selepas melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam operasi semalam atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah tersebut, 440 individu dikenakan kompaun, 69 direman dan enam dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk dan tidak memakai pelitup muka.

“Selain itu mereka turut ditahan kerana melakukan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang
menyukarkan penjarakan fizikal, aktiviti di dalam pub/kelab malam dan gagal mematuhi arahan kuarantin.

“Kesalahan seperti premis beroperasi lebih masa, premis tanpa lesen, aktiviti perjudian dan kegagalan lunaskan bayaran kompaun turut dikesan.”

BACA > Pasang Jalur Gemilang terbalik: KDEB Waste Management mohon maaf – Suara Merdeka

Kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua pesalah tersebut dikesan selepas pihak berkuasa menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 58,185 pemeriksaan.

Dalam pemeriksaan tersebut, operasi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilakukan.

Ia meliputi pemantauan di 4,134 pasar raya, 5,083 restoran serta 1,370 penjaja, 1,651 kilang, 3,780 bank dan 853 pejabat kerajaan.

Pihak berkuasa juga dilaporkan turut memantau 1,074 terminal pengangkutan darat, 237 terminal pengangkutan air serta 104 terminal pengangkutan udara.

Walau bagaiamanapun, tiada pendatang asing tanpa izin ditahan bagi operasi melibatkan kawalan sempadan negara.

BACA > Langgar kuarantin: Khairuddin perlu berlapang dada jika didakwa – Suara Merdeka

Operasi melibatkan sinergi antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) itu melakukan kawalan ketat secara bersepadu.

Kawalan ketat dilakukan bagi mengelak sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

“PDRM telah mengadakan 53 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara.

“Mereka memeriksa 29,777 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus, dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegasnya.

BACA > Bayar denda lebih murah banding kos kuarantin – Guan Eng – Suara Merdeka

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 15,890 orang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Mereka ditempatkan di 67 hotel, lima Institut Latihan Awam di 12 buah negeri.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,466 sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 55 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Tambahnya, operasi pemantauan individu kuarantin turut dilaksanakan dengan melakukan 434 pemeriksaan.

Namun seorang individu ditahan selepas gagal mematuhi arahan kurantin dirumah yang ditetapkan.

BACA > Doakan keselamatan tentera kita di Lubnan, kenderaan APC tak ikut spec PBB – Suara Merdeka

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button