fbpx
Nasional

Baru 40 minit lepas menyamun dah kena tangkap

SEORANG warga asing yang sedang mencari kotak disamun oleh seorang suspek lelaki yang menawarkan kotak tak terpakai di rumahnya.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 4.34 petang semalam ketika mangsa yang berusia 49 tahun sedang mencari kotak.

Suspek kemudian telah memberitahu mangsa supaya mengikutnya kerana di rumahnya mempunyai banyak kotak.

Namun, ketika mangsa tiba di depan pagar rumah tersebut, suspek telah mengacukan pisau dan melarikan beg milik mangsa yang mempunyai wang tunai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan pada hari sama kira-kira pukul 5.10 petang.


“Suspek telah ditahan di lokasi kejadian dan kita menemukan pakaian, pisau dan wang tunai berjumlah RM53.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai lapan rekod antaranya melibatkan kes samun, pecah rumah, curi, ugutan jenayah, mencederakan orang dan dua rekod dadah,” katanya.

Tambahnya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button