Nasional

Kepala air: Kanak-kanak terperangkap 2 jam di tengah sungai

SEORANG kanak-kanak lelaki menempuh detik mencemaskan apabila nyaris dihanyutkan arus selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Dipang Kampung Sahom, Kampar, Perak pada Khamis.

Bagaimanapun kanak-kanak berumur 12 tahun tersebut berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas hampir dua jam terperangkap di kawasan tengah sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Hisyam Zakariah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 3.59 petang.

Menurutnya, arus sungai ketika itu sangat deras dan mangsa berada di atas batu di tengah sungai.

“Anggota menggunakan tali khas dan menyeberangi sungai untuk mendapatkan mangsa sejauh lapan meter untuk dibawa ke tebing sungai,” katanya.

Mohd Hisyam berkata, operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira satu jam dan mangsa berjaya dibawa ke tebing dalam keadaan selamat.

“Maklumat awal mengatakan kanak-kanak tersebut tidak sempat naik ke tebing untuk menyelamatkan diri kerana arus deras.

“Mangsa dipercayai bersama keluarga datang ke sungai itu untuk mandi bersama sebelum paras air naik mendadak disebabkan hujan lebat,” katanya.

Menurut Hisyam, anggota perlu berhati-hati menyeberangi sungai kerana arus terlalu deras dan operasi telah berjaya dan mangsa telah selamat tanpa sebarang kecederaan. -SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button