Nasional

PM arahkan KKM berikan rawatan terbaik kepada Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan rawatan terbaik diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menderita penyakit ulser perut.

Beliau berkata, beliau turut mendoakan supaya bekas Perdana Menteri itu dikurniakan kesihatan yang baik.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesihatan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Twitternya hari ini.


Terdahulu, Najib yang sedang menghadapi perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa dirujuk ke hospital selepas tahap kesihatannya merosot.

Berikutan itu, anaknya, Nooryana Najwa Najib merayu Perdana Menteri, pihak penjara dan hospital memberikan rawatan dan pemerhatian perubatan yang sewajarnya.

Nooryana berkata, ayahnya menderita penyakit itu sejak 15 tahun lalu dan keadaan bertambah serius sejak Sabtu lalu selepas doktor mendapati terdapat banyak ulser baharu dalam perutnya.

Artikel berkaitan > Najib Razak masuk ward HKL bukan kes kecemasan

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button