Nasional

Konflik di Laut Merah dijangka tidak jejaskan import sektor pertanian, makanan negara

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, konflik di laluan Laut Merah dijangka tidak memberi kesan kepada import sektor pertanian dan makanan negara.
Katanya, laluan itu biasanya adalah untuk kegunaan untuk perdagangan minyak.
Menurut beliau, ia tidak sama dengan perang Ukraine dan Russia kerana ia membabitkan industri makanan iaitu bijirn dan jagung.
Ditemui kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2024 kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, Mohamad berkata, kementeriannya bagaimanapun akan tetap memantau kesan daripada konflik itu yang dijangka dapat dilihat dalam beberapa minggu lagi.
Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya mematahkan serangan puluhan dron dan bedilan peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi di Yaman, ke arah kapal di Laut Merah.
Menurut kenyataan Pusat Perintah Pentagon di media sosial, tiada kerosakan kapal atau kecederaan direkodkan berikutan serangan ke atas kapal dagang yang melalui perairan berkenaan.
Kumpulan Houthi dilaporkan mengaku bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu ke arah sebuah kapal di Laut Merah termasuk melakukan serangan dron ke arah Israel sebagai tanda solidariti dengan Gaza. – SM
(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button