Nasional

Najib Razak masuk ward HKL bukan kes kecemasan

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Jumaat lalu, .

Beliau berkata, kemasukan Najib ke HKL bukan kes kecemasan sebaliknya ia adalah kes elektif untuk memastikan tahap kesihatan Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu berada pada tahap yang baik dan optimum.

“Pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada Ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

“Pihak HKL juga telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bantan Perdana Menteri dan ahli keluarga beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang tersebut mengikut amalan professional kedoktoran.

Beliau berkata, mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar Najib dibenarkan didiscaj daripada HKL.

Katanya, dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.

“KKM ingin memaklumkan bahawa KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012),” jelasnya.

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada Mahkamah sekiranya diarahkan Mahkamah,” katanya. – SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button