Banjir

Melaka sedia hadapi Monsun Timur Laut

Persediaan lebih rapi dirancang bagi berdepan musim Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November depan kata Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Menurutnya, segala persiapan sudah siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Beliau berkata, sebanyak 18 daripada 128 lokasi berisiko banjir telah dikenal pasti jika berlaku taburan hujan tinggi sewaktu Monsun Timur Laut dan fenomena La Nina sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, semua agensi berkaitan berada dalam kesiapsagaan bagi menghadapi bencana tersebut.

“Kawasan berisiki telah dipasang alat amaran awal sebagai langkah berjaga-jaga dan ujian terhadap sistem berkenaan sedang dijalankan untuk melihat keberkesanannya.


“Selain itu kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai-sungai yang menjadi punca banjir di negeri ini telah dan sedang dilaksanakan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB),” ujarnya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini hari ini.

Beliau turut hadir mennyambut ketibaan pertama pesawat Batik Air dari Pulau Pinang dengan pembukaan semula LTAM selepas hampir tiga tahun tidak beroperasi akibat pandemik Covid-19.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1 September lalu meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada
penghujung bulan itu.

Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu berkemungkinan mengakibatkan hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar.

Sehubungan itu Rahmad berkata, Jawatankuasa Banjir peringkat negeri membabitkan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga sudah ditubuhkan bertujuan melancarkan penyelarasan peringkat Dewan
Undangan Negeri (DUN). – SM

(Visited 17 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button