Politik

Apa percaturan Hishammuddin?

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mahu BN berperanan sebagai pembangkang sekiranya tiada kata putus yang diperoleh bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, beliau juga bersedia menjadi pembangkang di Dewan Rakyat dan menegaskan dalam apa jua formula atau rundingan, pendiriannya jelas dan tidak akan berkompromi.

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNOserta BN bersama rakan-rakan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan beliau rela dipecat oleh parti daripada menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau tidak akan sesekali mengubah pendirian berhubung penolakan untuk bekerjasama dengan PH.

Dalam keputusan PRU15 pada Sabtu, BN kalah teruk di peringkat Parlimen dengan memperoleh 30 kerusi selain turut tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Perak dan Pahang.


Difahamkan ahli parlimen BN kini berpecah kepada blok yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan satu blok lagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelebihan kini berada pada Muhyiddin yang telah menyerahkan surat sokongan yang cukup semalam iaitu melebihi 111 untuk membentuk kerajaan.

Berdasarkan kenyataan Hishammuddin itu bermakna blok beliau menyokong Muhyiddin untuk membentuk kerajaan, tetapi tidak akan masuk ke dalam kabinet.

Bermakna juga blok berkenaan kekal sebagai pembangkang, cuma menyokong kerajaan dalam hal yang perlu sahaja.

(Visited 70 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button