Rencah Hidup

Siti Kasim mahu tahu alasan tukar nama ke Jalan Palestin

TINDAKAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menukar nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin menimbulkan persoalan kepada peguam Siti Kasim.

Peguam tersebut dalam hantaran di Facebooknya melontarkan pertanyaan kepada pengikutnya mengenai alasan untuk menukar nama jalan berkenaan.

“Saya ingin mengetahui alasan di sebalik pertukaran nama dari Jalan Raja Laut 1 ke Jalan Palestin. Sesiapa?” tanya Siti Kasim.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, cadangan untuk menukar nama jalan itu tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah memohon penukaran jalan tersebut sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin

Beliau berkata proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur ditetapkan seperti penamaan jalan-jalan lain.

(Visited 691 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button