Politik

ADUN Sabah, Peter Anthony dan Juil Nuatim keluar Warisan

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti tersebut hari ini.

Naib Presiden, Datuk Peter Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap meninggalkan Warisan dan akan menubuhkan sebuah parti baharu yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Bagaimanapun, penubuhan parti baharu yang berasaskan masyrakat Kadazan Dusun Murut (KDM) itu hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Peter dan Juil merupakan ADUN Warisan keempat dan kelima mengumumkan keluar daripada parti pada tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

(Visited 699 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button