PolitikPRK

Gara-gara kritik DAP, MB Perak pasti kena tindakan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi gambaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bakal dikenakan tindakan selepas selesai Pilih Raya Kecil Tanjung Piai.

Guang Eng berkata, tidak sepatutnya ada dwistandard dalam menangani isu dalaman Pakatan Harapan.

Sebelum ini pemimpin DAP Ronnie Liu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin DAP kerana mengkritik Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad.

MB Perak kata:

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini.

“Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita,”

“Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah… kat sana (Perak) kawan-kawan UMNO saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya,”

Menteri Besar Perak itu berkata demikian ketika menjawab provokasi penduduk ketika berkempen di Tanjung Piai, bahawa kerajaan PH gagal membela nasib orang Melayu.

Bagi Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah kenyataan Menteri Besar Perak itu adalah realiti sebenar keadaan PH yang huru-hara hingga mereka hilang fokus khususnya untuk membantu orang Melayu dan rakyat umumnya.

Sehubungan itu Shamsul Anuar mahu para pengundi Tanjung Piai menolak PH pada pilihan raya kecil yang pengundiannya pada 16 November ini. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button