Politik

Tuhan sedang memerhati – isteri Guan Eng

ISTERI Lim Guan Eng, Betty Chew telah menukar gambar profil di Facebooknya kepada warna hitam sebaik sahaja Ahli Parlimen Bagan itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

“God is watching (Tuhan sedang memerhati),” tulis Betty ringkas mengambarkan perasaannya terhadap apa yang menimpa suaminya itu.

Anak lelaki Setiausaha Agung DAP itu, Marcus Lim pula percaya pendakwaan terhadap bapanya bertujuan untuk mencemarkan imej DAP sebagai sebuah parti politik yang korap.

Beliau dalam status di Facebooknya berkata, penahanan bapannya itu adalah satu perancangan menangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.

Marcus berkata, secara jujur dia telah menjangkakan perkara yang menimpa bapanya itu akan berlaku selepas keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau turut menyifatkan dakwaan terhadap bapanya itu bersifat politik dan merupakan tindakan yang menjijikkan.

“Rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor.

“Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup, untuk hancurkan PH sikit demi sikit. Jelas ini adalah dakwaan politik, dan tindakan ini amat menjijikan.

“Lawan tetap Lawan. Berani kerana benar,” kata Marcus.

Setiausaha Agung DAP itu akan didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bekas menteri kewangan itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos ini.-SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button