fbpx
Politik

‘Tidur lokap SPRM tak ada hal untuk orang macam dia’

Orang seperti Lim Guan Eng tidak ada sebarang masalah untuk tidak dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan berkata,Ahli Parlimen Bagan itu pernah kena tahan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pernah menjalani hukuman penjara di bawah Akta Hasutan.

“Sdr @guanenglim  pernah kena tahan ISA, pernah kena penjara bawah Akta Hasutan (pi Google kenapa). Rasanya tidur lokap SPRM tu takde hal untuk orang macam dia,” ciap Syahredzan.

Guan Eng pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987-1989. Pada 1997 Guan Eng yang ketika itu Ahli Parlimen Kota Melaka dipenjara selama 18 bulan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948.

Setiausaha Agung DAP itu tidur di lokap SPRM malam tadi selepas dipanggi ke ibu pejabat suruhanjaya itu untuk memberi keterangan mengenai projek terowong bawah laut benrilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Bagaimanapun beliau kemudiannya ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap untuk didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 hari ini.

Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Kedua-dua pertuduhan itu bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.


Selain itu SPRM turut mendapat izin mendakwa daripada Lim di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 11 Ogos ini, juga mengikut seksyen 23 akta sama.

Menurut SPRM pertuduhan ketiga itu membabitkan kes berlainan. Bagaimanapun agensi terbabit tidak memberikan penjelasan lanjut.

Sebelum ini SPRM memanggil Lim sebanyak dua kali masing-masing pada 22 dan 25 Julai lalu.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button