Politik

Hukum individu hina Jata Negara

INDIVIDU menghina sebarang perlambangan negara sama ada jata ataupun bendera sepatutnya dihukum kerana tindakan itu seperti satu penghinaan.

Apatah lagi tindakan sedemikian dilakukan oleh mereka yang mengaku lahir di Malaysia tetapi mempersenda kedaulatan negara ini.

Justeru, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap sebuah buku yang diterbitkan dengan gambar mirip jata negara.

Dalam gambar tersebut, terpapar rupa seseorang dipakaikan jata negara yang diubah rekaannya.

Pada gambar mirip jata negara itu diletakkan gambar bayi bogel pada bulan dan bintang serta gambar buaya menggantikan reben.

BACA > COVID-19: Penerbangan awam UAE sekat penumpang Pakistan mulai 29 Jun — Suara Merdeka

“Perbuatan ini jelas menggambarkan betapa penulis buku seolah-olah merendah-rendahkan martabat Jata Negera dan menghina lambang rasmi kedaulatan negara.

“Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

“Kementerian Dalam Negeri juga harus segera mengambil langkah menggantung penerbitan dan pengedaran buku ini.

“Perlu bagi mengelakkan daripada terlepas ke luar negara, seterusnya menjatuhkan imej negara di mata masyarakat dunia.”

Demikian kenyataan Asyraf Wajdi dalam Facebooknya malam tadi selepas tular gambar beberapa individu memegang buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’.

BACA > PKR: 5 termasuk 3 ADUN dilucut keanggotaan, 1 digantung, 3 diberi amaran — Suara Merdeka

Buku suntingan Kean Wong itu dikatakan menyalahi Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama kerana mempersenda Jata Negara.

Gambar berkenaan kemudian dijadikan penghias kulit buku berkenaan.

“Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan denda maksimum RM 20,000.00 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

“Nampaknya Akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda pada tahun 2016 belum cukup menggerunkan.

“Sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini.

“Buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” (ISBN : 9789672165811) disunting oleh penulis, Kean Wong yang mana mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

“Hari ini rata-rata di media sosial pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books.

“Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini mendesak agar pihak penulis, penyunting dan penerbit buku ini disiasat dan diambil tindakan tegas oleh pihak Berkuasa.

BACA > Amanah, DAP tolak kerjasama dengan Azmin, Hamzah, Muhyiddin — Suara Merdeka

“Jika benar terbukti wujud motif untuk berlaku biadab dan menghina lambang rasmi negara,” tegasnya.

Terbaharu, Pergerakan Pemuda UMNO dilapor akan membuat laporan polis berhubung penghinaan ini di Balai Polis Dang Wangi tengah hari nanti. – SM

(Visited 588 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button