Nasional

Ahli Parlimen Pendang kena gantung empat hari

BARU sehari Dewan Rakyat bersidang sudah menyaksikan seorang Ahli Parlimen digantung kerana melanggar peraturan.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim diarah keluar dari Dewan Rakyat pada Persidangan Parlimen yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut mengarahkan Awang daripada Perikatan Nasional (PN) digantung selama empat hari susulan kegagalan beliau mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Dewan Rakyat sebelum itu kecoh susulan tindakan blok pembangkang membantah usul untuk Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan ucapan terima kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – SM
(Visited 29 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button