AgamaNasionalNegeri

Raja Muda Perlis rasmi Wakaf Kubah Solar Pengering sumbangan AIBIM

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan melawat Laman Makanan Pulau Ketam, Seberang Ramai, Kuala Perlis.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Wakaf Kubah Solar Pengering (SDD) yang merupakan inisiatif myWakaf 2.0 sumbangan Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) di Kampung Seberang Alor, Pulau Ketam, Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Affin Islamic Bank, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin yang mewakili AIBIM dan CEO Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan wakaf SDD bernilai RM136,000 yang pertama diterajui oleh AIBIM dengan kerjasama myWakaf, PNB dan MAIPs.

Penyerahan wakaf bernilai RM136,000 ini merupakan yang pertama diterajui oleh AIBIM dengan kerjasama myWakaf, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan MAIPs.

AIBIM turut diwakili oleh Affin Islamic Bank, Bank Islam dan Bank Rakyat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersama MAIPs dalam usaha menjayakan program murni pada kali ini.

Tujuan projek wakaf ini adalah untuk membantu para usahawan B40 dalam usaha menambah pendapatan melalui proses pengeringan ekspres menggunakan SDD yang mengambil masa kurang daripada sehari.

Dalam program yang sama pihak Bank Rakyat turut menyumbangkan zakat sebanyak RM35,000 kepada 8 peserta asnaf yang terlibat dengan projek ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan melihat kegunaan Wakaf SDD.

Selesai program tersebut Raja Muda dan anakanda Baginda berkenan meluangkan masa singgah melawat Laman Makanan Pulau Ketam, Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Baginda diiringi oleh Wakil Rakyat Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah yang mempersembahkan taklimat ringkas mengenai perancangan masyarakat setempat untuk kawasan tersebut sebagai satu lagi destinasi tumpuan para pengunjung ke negeri Perlis kelak. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button