Mahkamah

Guan Eng tiba di mahkamah tidak pakai baju oren

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung skandal projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau tiba di sini kira-kira pukul 9.10 pagi tadi dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Guan Eng bagaimanapun tidak memakan baju berwarna oren, sebaliknya mengenakan sut lengkap bertali leher dan jaket.

Terdahulu, beberapa pemimpin DAP tiba lebih awal di kompleks mahkamah seperti Xavier Jayakumar, Kulasegaran, Anthony Loke Siew Fook, Hannah Yeoh, Lim Kit Siang dan Tony Pua.

Pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Ketua Menteri, Chan Kon Yeow dan Timbalan keduanya, P. Ramasamy turut hadir bagi memberi sokongan kepada Guan Eng.

Turut kelihatan tiba di sini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Bekas ketua Menteri Pulau Pinang itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pagi ini atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Guan Eng dilaporkan dipanggil SPRM malam tadi susulan pihak berkuasa itu memperoleh keizinan daripada Peguam Negara untuk mendakwanya.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Pulau Pinang pada minggu hadapan dengan dua pertuduhan lagi bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan Kon Yeow memberitahu projek terowong dasar laut berjalan lancar.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri masih menunggu keputusan fisibiliti bagi menentukan projek tersebut boleh diteruskan ataupun sebaliknya. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button