Politik

Jangan ambil keputusan jangka pendek, elak gelombang keempat

KERAJAAN digesa tidak mengambil keputusan yang hanya berkesan dalam tempoh jangka pendek untuk menangani wabak Koronavirus (Covid-19).

Sebaliknya, satu keputusan jangka panjang dan memberi jaminan kepada rakyat adalah perlu supaya negara dapat mengelak daripada tercetusnya gelombang keempat.

Sedangkan sekarang ini, gelombang ketiga masih lagi mencatatkan jumlah jangkitan empat angka setiap hari, apatah lagi bila gelombang keempat.

Justeru, tindakan mencegah adalah lebih baik berbanding mengubati.

“Sebab itu kita jangan sering buat keputusan jangka masa pendek tidak disenangi Rakyat yang meningkatkan risiko tercetusnya gelombang keempat.

“Mencegah lebih baik (dan jauh lebih murah) daripada mengubati.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi satu kenyataan dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai persediaan gelombang keempat.

Ini kerana, kerajaan dikatakan perlu untuk mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk meminjam bagi menangani gelombang keempat wabak Covid-19 sekiranya benar-benar berlaku.

Tindakan itu signifikan bagi kerajaan untuk menjamin keselamatan rakyat terutama dalam menghadapi cetusan varian baharu Covid-19 iaitu VUI202012/2.

Setakat ini, varian tersebut menular di London, United Kingdom (UK) dan sekatan keluar masuk di sana sudahpun dilaksanakn oleh kerajaan negera tersebut dan Kesatuan Eropah (EU).

“Pandangan saya ialah kerajaan bukan sahaja perlu sentiasa memastikan warga Malaysia selamat.

“Tetapi juga perlu memastikan warga sentiasa rasa selamat supaya rakyat yakin kerajaan sedang menjaga mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Najib Razak semalam turut menggesa kerajaan supaya mengembalikan semula tempoh kuarantin 14 hari berbanding 10 hari yang diputuskan baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga meminta kerajaan supaya mengenakan larangan pelawat dari UK buat sementara waktu.

“Semalam, saya saran Kerajaan PN (Perikatan Nasional) untuk larangkan pelawat dari UK.

“Atau menaikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat dari negara-negara Eropah dari 10 hari ke 14 hari yang telah diturunkan minggu lepas.

“Pada saya, beza empat hari saja bagi pelawat dari Eropah yang mampu menampung kos kuarantin tidak memberi kesan ekonomi yang signifikan bagi negara.

“Tetapi lebih selamat kerana kerajaan pernah beritahu kita bulan lepas bahawa tujuh peratus kes positif Covid-19 hanya dikesan pada hari ke-13 kuarantin,” katanya. – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button