Luar Negara

29 maut bot karam di Nigeria

SEKURANG-KURANGNYA 29 maut apabila sebuah bot karam di Sokoto di barat laut Nigeria, semalam.

Kata penduduk dan Gabenor negeri, bot terbabit membawa 35 orang kebanyakannya wanita, melintasi sebuah empangan di kawasan kerajaan tempatan Shagari ketika ia karam.

Bagaimanapun enam orang penumpang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelam, kata Gabenor Aminu Tambuwal.

Semua yang maut dikebumikan di negeri yang sebahagian besar penduduknya itu beragama Islam. – REUTERS – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button